Mengapa Membaca Al-Fathah Wajib Dalam Solat?
Surah Al-Fatihah |
Keutamaan Membaca Surah Al-Fatihah Dalam Solat
Surah Al-Faatihah wajib dibaca dalam shalat. Jika tidak membacanya, shalat tidak sah. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
'Barang siapa mengerjakan shalat, lalu ia tidak membaca Ummul Kitab di dalamnya, maka shalatnya tidak sempurna.' (HR. Muslim, at-Tirmidzi, an-Nasa-i dan Abu Dawud, dari Abu Hurairah, dari Nabi.
Dalil Membaca Surah Al-Fatihah Dalam Solat
Dalil di atas juga berdasar kepada sebuah hadis Nabi s.a.w yang terdapat dalam kitab Shahib al-Bukhari dan Shahib Muslim - dari az-Zuhri, dari Mahmud bin ar-Rabi', dari 'Ubadah bin ash-Shamit, ia berkata bahawa Rasulullah bersabda:
'Tidak sah shalat orang yang tidak membaca surah al-Faatihah."
Juga hadis yang diriwayatkan dalam kitab Shahih Ibnu Khuzaimah dan Shahib Ibnu Hibban bahawa Rasulullah bersabda:
'Tidak sah shalat yang di dalamnya tidak dibacakan Ummul Quran.'
Hadis-hadis mengenai hal ini sangat banyak. Bagaimanapun, Imam asy-Syafi'e dan keloompok ulama bersependapar surah al-Faatihah wajib dibaca pada setiap rakaat dalam shalat.
Nota: sebarangan kekeliruan membaca nota saya ini hendaklah dirujuk semula kepada kitab Taksir Ibnu Katsir atau ahli tafsir di negara kita.
Sumber: Taksir Ibnu Katsir, Jilid 1, m.s 11-12.
Dapatkan tafsiran lengkap Surah A-Fatihah dari Kitab Tafsir Ibnu Katsir:
No comments:
Post a Comment